Wednesday, November 21, 2018

TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Menurut Stoner, pengurusan bermaksud satu proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha-usaha ahli organisasi dan penggunaan sumber-sumber organisasi yang lain dalam mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan. Guru haruslah menguruskan dan merancang sebelum, semasa, dan selepas sesi pembelajaran supaya sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar dan memanfaatkan masa yang diperuntukan sebaik mungkin.

PERSEDIAAN KE ALAM PERSEKOLAHAN

Konsep pengajaran :
Aktiviti berkaitan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu.
Thomas F.Green – tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui pemerolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.
Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran
o   Memenuhi masa yang diperuntukan
o   Menepati kehendak objektif/matlamat
o   Berkesan sepanjang waktu pengajaran
o   Menarik perhatian dan tidak membosankan

Objektif Pengajaran :
§  Suatu penyataan ditentukan yang perlu dicapai oleh pelajar mengikut tahap-tahap tertentu.
§  Meliputi : pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkah laku, sikap, perangai dan sebagainya.
§  Terbahagi kepada 3 perspektif :
1.      Perspektif guru
2.      Perspektif pelajar
3.      Perspektif pentadbir

Objektif implisit
-libatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
o   Memahami
o   Mengetahui
o   Menghargai sesuatu yang telah diajar

Objektif eksplisit
-libatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :
o   Menyenaraikan
o   Menjelaskan
o   Memberikan contoh
o   Menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telahh diajarkan

Buku Rekod Mengajar
-buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasakan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
            1) Rancangan Pelajaran Tahunan
            2) Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan.
                        - isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan-sukatan kebangsaan

Aspek penting P&P
ü  Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam.
ü  Memilih kemahiran-kemahiran da nisi pelajaran yang sesuai
ü  Merancang pengajarannya
ü  Menentukan strategi P&P
ü  Menyediakan bahan bantu pengajaran
ü  Menyediakan penilaian

Komponen P&P
§  Objektif pengajaran
§  Strategi pengajaran yang sesuai
§  Bahan bantu pengajaran
§  Maklum balas pelajar
§  Penilaian

Fasa P&P (Guru)
Pra perancangan :
v  -keseluruhan pengajaran
v  -pelajar
v  -isi kandungan pelajaran
v  Strategi
v  -bahan yang diperlukan dan boleh digunakan

Perancangan aktif
·         -menulis rancangan mengajar
·         -menyediakan nota
·         Membina power point
·         Memastikan peralatan masih berfungsi
·         Menyediakan senarai semak

Perancangan semasa
v  -mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar
v  Mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa
v  Mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas

Pasca perancangan
§  Menyedari kelemahan pengajaran
§  Mengesan kekuatan pengajarannya
§  Membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan

KAJIAN DI SEKOLAH
Bartlett (2001) berpendapat kajian bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan dan juga analisis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah.

Contoh kajian :
3 Mei 2010 Seorang guru lelaki didakwa menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak (Jamiah Shukri, 2010).
29 Jan 2011 Kuala Terengganu seorang murid tahun empat trauma untuk pergi ke sekolah selepas mendakwa dirotan hingga terkencing oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian di sebuah sekolah di Kuala Besut. (Kosmo)

Kepentingan pengurusan alam pembelajaran :
Menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercpaai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.


TOPIK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Sekolah adalah sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi sebagai gedung untuk menimba ilmu. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembanan pelajar.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
Konsep masyarakat :
-          Masyarakat merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai perkaitan secara tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif dan merasakan bahawa mereka akan hidup bersama (Mohd. Yusof Hashim, (1986:11)).

Konsep sekolah :
Ø  Sekolah merupakan tempat yang saling penting untuk proses sosialisasi atau dikenali sebagai masyarakat kecil.
Ø  Willard Waller (1932) dalam buku T.Marimuthu mengatakan ada 4 alasan mengapa sekolah dikaji sebagai unit-unit sosial :
1)mempunyai anggota yang nyata.
2)mempunyai struktur sosial yang jelas, akibat daripada mod interaksi sosial di dalam sekolah
3)diserapi oleh rasa kekitaan.
4)mempunyai 1 budaya yang tersendiri.

v  Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran.
v  Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
v  Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat.
v  Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.

Kerjasama antara sekolah dan masyarakat
Ø  Sekolah memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam serta tenaga guru dan pelajar ketika menganjurkan sesuatu aktiviti dari semasa ke semasa.
Ø  Kemudahan seperti dewan, padang dan gelanggang boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama
Ø  Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah
Ø  Kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempat lawatan sambil belajar pelajar.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN IBU BAPA
Ibu bapa memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Peranan dan tanggungjawab ibu bapa di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Ibu bapa yang prihatin akan melahirkan sekolah yang terbilang. Sebarang perbezaan daripada segi pandangan dan pendapat dalam kalangan ibu bapa bukanlah penghalang terhadap peningkatan prestasi sekolah. Hubungan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa adalah melalui PIBG. Hubungan dan kerjasama antara ibu bapa akan mewujudkan permuafakatan yang saling memerlukan dalam menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat madani. Masyarakat madani adalah sebuah masyarakat yang merayakan kepelbagaian cara hidup dan pemikiran warganya. Ibu bapa juga dapat menjadi pemangkin mewujudkan permuafakatan dan perkongsian bijak. Ibu bapa sama-sama membendung masalah disiplin murid.
Hubungan adalah bertujuan untuk mencapai matlamat atau objektif yang sama, mengeratkan hubungan yang mantap dan akrab dan gabungan strategic yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN GURU
Guru merupakan pengganti ibu bapa. Kebajikan murid-murid terletak pada bahu guru sebaik sahaja mereka berada di dalam kawasan sekolah. Guru menghantar murid sakit ke klinik atau hospital. Layanan dan perhatian semasa di rumah akan terus diberikan oleh guru apabila murid-murid berada di sekolah.

Guru juga sebagai pakar mata pelajaran. Guru diharap dapat menambah ilmu pengetahuannya melalui pembacaan atau dengan menghadiri kursus, seminar-seminar dan bengkel-bengkel. Pengetahuan yang luas serta mendalam membolehkan guru untuk membimbing dan membantu murid-murid dari pelbagai segi iaitu intelek, emosi, sosial dan rohani.

Guru sebagai kaunselor. Di sekolah, murid-murid sentiasa menghadapi masalah dari segi akademik, kerjaya ataupun peribadi. Apabila murid berasa kecewa ataupun sentiasa mengalami kegagalan dalam kelas, maka timbullah tanda-tanda yang murid tersebut memerlukan bantuan ataupun bimbingan akademik. Bimbingan tidak diberikan kesan masalah akademik itu akan bertimbun dan terbawa ke peringkat seterusnya.

Guru turut sebagai seorang kerani. Guru terpaksa menyediakan kertas-kertas ujian, menaip kertas-kertas tersebut, menanda kertas jawapan, mengisi markah ke dalam buku rekod guru, mengisi kad-kad penyata kemajuan. Guru juga perlu menulis surat jemputan yang akan dihantar kepada ibu bapa untuk Hari Terbuka atau Hari Penyampaian Hadiah, mengisi boring pinjaman buku, rekod persekolahan murid dan pelbagai borang yang lain.

ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA PENDIDIKAN DAN GLOBALISASI

Impak globalisasi terhadap pendidikan :
§  Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
§  Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar seperti universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini.
§  Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan.
§  Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
§  Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.
§  Peranan guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.
§  Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.
§  Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global.
§  Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.
§  Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan.
§  Perkongsian pengetahuan terumatanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia.
§  Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.

Cara-cara menangani globalisasi dalam pendidikan :
o   Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini.
o   Guru-guru sewajarnya melengkapkan pelajar dengan keupayaan bagi berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa.
o   Pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah.
o   Guru bertanggungjawab untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.

TOPIK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Pengurusan murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas merujuk kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa (percakapan), mengalami gangguan emosi, autisma, kecacatan mental, anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran dan lain-lain yang berpunca dari kesihatan serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya. menurut Sterberg dan Zhang (1995), menjelaskan kanak-kanak yang berkeperluan khas mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri. Golongan pelaajr-pelajar ini lebih gemar menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat santai misalnya seperti melukis, menyanyi, dan sebagainya.


PEMULIHAN
ü  Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
ü  Kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.

Emosi dan tingkahlaku :
o   Perasaan rendah diri
o   Perasaan risau
o   Perasaan sedih
o   Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
o   Perasaan takut akan perkara-perkara baru
o   Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan
o   Pasif
o   Malas

PENGAYAAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “gaya” membawa maksud sikap dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Manakala “pengayaan” pula bermaksud perihal (usaha, proses, pencorakan) menggayakan,misalnya menggayakan atau meluaskan kota kata. Pengayaan adalah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah atau sekolah menengah dan sama ada kumpulan cerdas atau sederhana cerdas. 
Dalam kajian terhadap pengurusan murid pelbagai upaya, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka.

Pengayaan dibahagikan kepada dua iaitu ;

Pengayaan mendatar – aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas.
Pengayaan menegak – aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.

PELBAGAI KECERDASAN
Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Sesetengah orang mungkin akan mencapai tahap yang tinggi dalam sesetengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain. Manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam sembilan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan, dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994). Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikemukakan oleh Howard Gardner ialah kecerdasan Linguistik, kecerdasan logical matematik, kecerdasan visual ruang (spatial), kecerdasan kinestetik badan, kecerdasan muzikal, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan naturalis dan kecerdasan eksistensialis.

BERKEPERLUAN KHAS
Mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa/percakapan, gangguan emosi, autisme, kecacatan mental, anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran dan lain-lain yang berpunca daripada kesihatan serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya.

Kanak-kanak luar biasa :
·         Mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak kurang upaya :
·         Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan :
·         Mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan persekitaran.

Kanak-kanak berisiko
·         Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.
·         Berbanding dengan rakan sebayanya, kanak-kanak ini mengalami kesukaran belajar atau tingkah laku sosial. Dia mungkin menghadapi kesukaran :

Ø  Melakukan kerja
Ø  Membaca dan menulis
Ø  Berkomunikasi dengan orang lain
Ø  Berkawan
Ø  Mengawal tingkah laku
Ø  Belajar di sekolah oleh sebab keterbatasan dalam penglihatan, pendengaran atau pergerakan fizikal

Persekitaran yang sesuai untuk pelajar berkeperluan khas :
v  Persekitaran pembelajaran yang positif
v  Pengubahsuaian persekitaran di sekolah dan bilik darjah
v  Kemudahan asas yang mencukupi


TOPIK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


KONSEP PENGURUSAN BUDAYA
Ø  Kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya.
Ø  Pengurusan pelbagai budaya adalah amat penting dalam menguruskan sekolah kerana pengurusan pelbagai budaya mampu memberi implikasi kepada semua warga dalam sekolah.
Ø  Pengurusan pelbagai budaya penting dalam memastikan guru dan pelajar menambah ilmu pengetahuan, amalan profesion keguruan meningkat dan produktiviti bertambah.

KEPELBAGAIAN BUDAYA MURID
·         Bahasa – Melayu, Cina, Tamil, Cantonis, dan lain-lain
·         Kaum – Melayu, Cina, India
·         Jantina – Perempuan, Lelaki
·         Umur – 13,14,15,16,17
·         Agama – Islam, Kristian, Buddha, Hindu
·         Kelas kehidupan – Kaya, Miskin

PENGURUSAN MERENTAS BUDAYA
§  Membina negara bangsa
§  Membangunkan modal insan
§  Tingkat minat pelajar
§  Memupuk pelajar supaya berketerampilan
§  Memantapkan program kokurikulum dan sukan
§  Penerapan nilai murni
§  Fizikal bilik darjah
§  Kurikulum mata pelajaran dan kaedah pembelajaran
§  Perhubungan antara kaum

CARA PENGURUSAN MERENTAS BUDAYA DI SEKOLAH
o   Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
o   Peranan guru
o   Mata pelajaran diajar
o   Penerapan nilai murni

ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA MURID
ü  Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
ü  Perpaduan dari pelbagai bangsa
ü  Semangat patriotik
ü  Modal insan

Kesimpulan : Pengurusan budaya amat penting dalam mewujudkan suasana sekolah yang harmoni.