Daripada
bab ini akan mempelajari tentang kepimpinan dan organisasi. Kepimpinan adalah
seni bagi mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan bagi membimbing orang,
mempengaruhi dan membimbing seseorang untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu
yang mempunyai cara dan seni sendiri. Robert Kreither , keupayaan mempengaruhi
anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini
menunjukkan kepada penekanan dalam kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam
menggerakkan anggota organisasi supaya melakukan pekerjaan atau kegiatan yang
terarah pada tujuan organisasi. Bagi organisasi pula, ia adalah perihal
menginstitusikan sesuatu(badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dalam
masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah), (Dewan Bahasa & Pustaka).
Organisasi sekolah membantu dalam pengurusan bagi mencipta sebuah keadaan yang
efektif di sekolah. Oleh itu. Sekolah mempunyai sistem yang lebih tersusun bagi
mewujudkan suasana yang kondusif.
ORGANISASI DAN
KEPIMPINAN SEKOLAH
Pengetua
ü Pemimpin/ketua
ü Pengurus kurikulum dan
kokurikulum
ü Pengurusan tengah pengajar dan
kakitangan
ü Pengurusan dalaman dan luaran
Penolong kanan
ü Mengajar
ü Membantu pengetua dalam
pengurusan kurikulum
ü Bantu dalam pentadbiran harian
Penolong kanan hal
ehwal murid
ü Mengajar
ü Pengurusan kebajikan dan disiplin
pelajar
ü Kemasukan dan pendaftaran pelajar
ü Perhubungan awam tugas-tugas lain
Penolong kanan
ko-kurikulum
ü Mengajar
ü Pengurusan kurikulum dan
ko-kurikulum
ü Perhubungan awam
ü Pentadbiran harian
ü Tugas-tugas lain
Guru bimbingan dan
kaunseling
ü Menyusun program pelaksanaan
bimbingan dan kaunseling
ü Memberikan khidmat kaunseling
kepada pelajar menyusun laporan
ü Membuat rancangan tahunan sekolah
Guru kelas
ü Buku daftar kedatangan
ü Pengurusan yuran khas
ü Perkara-perkara akademik
ü Bantuan kewangan
ü Biasiswa
ü Tugas-tugas lain
Guru
ü Mengajar
ü Membuat perancangan P&P
ü Menjaga disiplin, keselamatan dan
kebajikan murid
ü Mentadbir dan mengurus bilik
darjah
ü Tugas tugas lain
Murid
ü Mematuhi dan memahami peraturan
sekolah
ü Menjaga dan memelihara harta
benda sekolah
ü Menjaga serta meningkatkan
kebersihan sekolah
ü Memahami susun lapis masyarakat
di sekolah
ü Menghormati lagu sekolah
Konsep kepimpinan
sekolah mampu mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku
subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf dan pelajar agar bersetuju
melaksanakan program-program dan melakukan perubahan untuk mencapai matlamat
sekolah. Organisasi sekolah adalah sistem yang bergerak dan berperanan dalam
merumuskan tujuan pendewasaan manusia sebagai makhluk sosial agar berupaya
berinteraksi dengan lingkungan. Sikap pemimpin akan mempengaruhi budaya
sesebuah sekolah. Pemimpin sekolah adalah individu yang berpengaruh dan penting
sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan di sekolah. Kepimpinan sekolah dapat
memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama dalam kalangan kakitangan.
No comments:
Post a Comment