Pengurusan murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas
merujuk kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa
(percakapan), mengalami gangguan emosi, autisma, kecacatan mental, anggota,
trauma, cacat penglihatan, pendengaran dan lain-lain yang berpunca dari
kesihatan serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya. menurut
Sterberg dan Zhang (1995), menjelaskan kanak-kanak yang berkeperluan khas
mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri. Golongan pelaajr-pelajar ini lebih
gemar menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat santai
misalnya seperti melukis, menyanyi, dan sebagainya.
PEMULIHAN
ü Murid
yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh
faktor persekitaran dan bukan kognitif.
ü Kanak-kanak
atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam
mata-mata pelajaran tertentu sahaja.
Emosi
dan tingkahlaku :
o
Perasaan rendah diri
o
Perasaan risau
o
Perasaan sedih
o
Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap
pelajaran
o
Perasaan takut akan perkara-perkara baru
o
Degil, tidak patuh pada
peraturan-peraturan dan suka melawan
o
Pasif
o
Malas
PENGAYAAN
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “gaya” membawa maksud sikap dan
cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Manakala “pengayaan” pula
bermaksud perihal (usaha, proses, pencorakan) menggayakan,misalnya menggayakan
atau meluaskan kota kata. Pengayaan adalah aktiviti-aktiviti tambahan kepada
aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau
di luar kawasan sekolah. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di
dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah atau sekolah menengah dan sama ada
kumpulan cerdas atau sederhana cerdas.
Dalam kajian terhadap pengurusan murid
pelbagai upaya, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan
memperluaskan pengalaman mereka.
Pengayaan dibahagikan
kepada dua iaitu ;
Pengayaan
mendatar – aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap
pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan
yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti yang diberi kepada
kumpulan sederhana dan cerdas.
Pengayaan
menegak – aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat
murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan
dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang
lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.
PELBAGAI
KECERDASAN
Menurut
Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Sesetengah orang mungkin
akan mencapai tahap yang tinggi dalam sesetengah kecerdasan dan tahap yang
rendah dalam yang lain. Manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang
tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh
diperkembangkan dalam sembilan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang
tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan, dan pengajaran
adalah sesuai (Armstrong, 1994). Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikemukakan
oleh Howard Gardner ialah kecerdasan Linguistik, kecerdasan logical matematik,
kecerdasan visual ruang (spatial), kecerdasan kinestetik badan, kecerdasan
muzikal, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan
naturalis dan kecerdasan eksistensialis.
BERKEPERLUAN
KHAS
Mempunyai masalah
pembelajaran, cacat bahasa/percakapan, gangguan emosi, autisme, kecacatan
mental, anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran dan lain-lain yang
berpunca daripada kesihatan serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai
upaya.
Kanak-kanak
luar biasa :
·
Mereka yang mengalami kesukaran dalam
pembelajaran dan juga yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada
kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak
kurang upaya :
·
Kekurangan atau kehilangan fungsi
anggota badan atau organ.
Kanak-kanak
yang mengalami kecacatan :
·
Mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan
ketika berinteraksi dengan persekitaran.
Kanak-kanak
berisiko
·
Mereka menghadapi masalah dalam kelas
biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.
·
Berbanding dengan rakan sebayanya,
kanak-kanak ini mengalami kesukaran belajar atau tingkah laku sosial. Dia
mungkin menghadapi kesukaran :
Ø Melakukan
kerja
Ø Membaca
dan menulis
Ø Berkomunikasi
dengan orang lain
Ø Berkawan
Ø Mengawal
tingkah laku
Ø Belajar
di sekolah oleh sebab keterbatasan dalam penglihatan, pendengaran atau
pergerakan fizikal
Persekitaran
yang sesuai untuk pelajar berkeperluan khas :
v Persekitaran
pembelajaran yang positif
v Pengubahsuaian
persekitaran di sekolah dan bilik darjah
v Kemudahan
asas yang mencukupi
No comments:
Post a Comment