PENGENALAN :
Tingkah laku
adalah merupakan sesuatu yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang
individu. Menurut pandangan Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Menurut Garry
Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi,
prestasi, bertindakbalas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang
melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap
organ.
DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Satu rancangan
untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matmalat yang telah
ditetapkan dengan teknik yang sesuai (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh,
2005). Satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran
yang sihat dan produktif yang sewajarnya setiap guru sewajarnya memilikinya.
Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan bebas
gangguan.
FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH TINGKAH LAKU
Situasi ini
kebiasaannya dipengaruhi dengan persekitaran rumah. Sebagai contoh, tidak
mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Sekolah. Sebagai contoh
kurikulum yang sangat padat dan bertumpukan pada peperiksaan. Apabila murid-murid
berasa tertekan, mereka akan menunjukkan tingkah laku bermasalah lantas
disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan.
Penderaan kanak-kanak seperti penderaan fizikal, mental dan emosi yang
selalunya menjadi topik dan dilaporkan oleh media massa. Menurut Rosenberg,
1987 dalam Saayah Abu (2008), kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa
yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti
luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat
penderaan emosi.
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Model disiplin
tegar yang diperkenalkan oleh Lee Center (1976), model ini merupakan sistem
peraturan tingkah laku di dalam kelas yang dibuat oleh guru. Namanya akan dipaparkan
pada papan kenyataan apabila murid-murid melanggar peraturan dan guru akan
memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supaya nama itu
direkod dan dihantarkan kepada pengetua. Model ini juga membantu guru untuk
mengajar lebih berkesan tanpa sebarang gangguan. Kebanyakkan dilaksanakan di
sekolah rendah kerana lebih sesuai untuk mengurus tingkah laku kanak-kanak agar
memahami pentadbiran sekolah. Selain itu, pelbagai teknik boleh digunakan dalam
menguruskan tingkah. Antaranya ialah menggunakan alat pengukuran personal,
teknik pencegahan dan tindakan pembetulan. Teknik pertama, pengukuran personal
yang boleh dilakukan menggunakan kaedah pendekatan fizikal. Kaedah ini
dilakukan dengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah
laku. Teknik kedua adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini berupaya
mengurangkan ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran agar berjalan dengan
lancar. Teknik terakhir iaitu
tindakan pembetulan. Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah
secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-apa.
PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU
Menurut kamus
dewan (2003), tingkah laku devian didefinisikan sebagai perlakuan yang menyimpang
atau melencong. Azizi et al. (2005), menyatakan bahawa tingkah laku devian
membawa maksud tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Ianya
juga ditakrifkan sebagai sebarang tingkah laku yang tidak memenuhi norma-norma
sosial sesuatu kumpulan atau masyarakat (Rohana, 1996). Albert Cohen (Azizi et
al., 2005) mentakrifkan tingkah laku devian sebagai kelakuan yang melanggar
jangkaan yang diinstitusikan , iaitu jangkaan yang dikongsikan dan diiktiraf sebagai
sah dalam sesuatu sistem sosial.
Faktor tingkah laku devian :
·
Konsep
kendiri yang rendah – remaja melihat diri mereka dari perspektif yang negative.
·
Faktor
psikologi – menyumbang kepada tingkah laku delinkuen, wujudnya emosi yang tidak
gembira hasil daripada faktor persekitaran
·
Konflik
dalam keluarga – penyebab ketidakstabilan emosi
Kajian Loeber
(1986) dan Rowe (1992), mendapati kebanyakan remaja yang terlibat dalam tingkah
laku devian sejak usia kanak-kanak mempunyai ahli keluarga atau ibu bapa yang
juga pernah bertingkah laku sedemikian.
Jenis salah laku devian
Menurut Merton
(1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (sesuatu cara memenuhi
matlamat dengan cara yang salah), ritual(tindakan mengulang perbuatan), undur
(seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif
lain sebagai tindakan) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan
menggantikannya dengan matlamat lain).
PERATURAN DAN DISIPLIN
Peraturan :
§ Peraturan adalah
undang-undang yang ditetapkan bagi menentukan ketenteraman, keharmonian dan
kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat.
§ Peraturan sekolah
merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam
mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya.
Disiplin :
v Menurut Abdullah
Sani (2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi
individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan
yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada
masyarakat
v Disiplin adalah
satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta
untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.
Bentuk disiplin :
§ Disiplin asas –
melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar
§ Disiplin instrinsik
atau kendiri – disiplin yang lahir daripada dalam individu.
Kesimpulannya,
semua pihak perlu bekerjasmaa dalam menangani masalah ini sebelum situasi nasi
menjadi bubur berlaku. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa
hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan
daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Oleh itu, sama-sama
kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.
No comments:
Post a Comment