Wednesday, November 21, 2018

TOPIK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Sekolah adalah sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi sebagai gedung untuk menimba ilmu. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembanan pelajar.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
Konsep masyarakat :
-          Masyarakat merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai perkaitan secara tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif dan merasakan bahawa mereka akan hidup bersama (Mohd. Yusof Hashim, (1986:11)).

Konsep sekolah :
Ø  Sekolah merupakan tempat yang saling penting untuk proses sosialisasi atau dikenali sebagai masyarakat kecil.
Ø  Willard Waller (1932) dalam buku T.Marimuthu mengatakan ada 4 alasan mengapa sekolah dikaji sebagai unit-unit sosial :
1)mempunyai anggota yang nyata.
2)mempunyai struktur sosial yang jelas, akibat daripada mod interaksi sosial di dalam sekolah
3)diserapi oleh rasa kekitaan.
4)mempunyai 1 budaya yang tersendiri.

v  Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran.
v  Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
v  Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat.
v  Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.

Kerjasama antara sekolah dan masyarakat
Ø  Sekolah memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam serta tenaga guru dan pelajar ketika menganjurkan sesuatu aktiviti dari semasa ke semasa.
Ø  Kemudahan seperti dewan, padang dan gelanggang boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama
Ø  Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah
Ø  Kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempat lawatan sambil belajar pelajar.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN IBU BAPA
Ibu bapa memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Peranan dan tanggungjawab ibu bapa di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Ibu bapa yang prihatin akan melahirkan sekolah yang terbilang. Sebarang perbezaan daripada segi pandangan dan pendapat dalam kalangan ibu bapa bukanlah penghalang terhadap peningkatan prestasi sekolah. Hubungan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa adalah melalui PIBG. Hubungan dan kerjasama antara ibu bapa akan mewujudkan permuafakatan yang saling memerlukan dalam menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat madani. Masyarakat madani adalah sebuah masyarakat yang merayakan kepelbagaian cara hidup dan pemikiran warganya. Ibu bapa juga dapat menjadi pemangkin mewujudkan permuafakatan dan perkongsian bijak. Ibu bapa sama-sama membendung masalah disiplin murid.
Hubungan adalah bertujuan untuk mencapai matlamat atau objektif yang sama, mengeratkan hubungan yang mantap dan akrab dan gabungan strategic yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN GURU
Guru merupakan pengganti ibu bapa. Kebajikan murid-murid terletak pada bahu guru sebaik sahaja mereka berada di dalam kawasan sekolah. Guru menghantar murid sakit ke klinik atau hospital. Layanan dan perhatian semasa di rumah akan terus diberikan oleh guru apabila murid-murid berada di sekolah.

Guru juga sebagai pakar mata pelajaran. Guru diharap dapat menambah ilmu pengetahuannya melalui pembacaan atau dengan menghadiri kursus, seminar-seminar dan bengkel-bengkel. Pengetahuan yang luas serta mendalam membolehkan guru untuk membimbing dan membantu murid-murid dari pelbagai segi iaitu intelek, emosi, sosial dan rohani.

Guru sebagai kaunselor. Di sekolah, murid-murid sentiasa menghadapi masalah dari segi akademik, kerjaya ataupun peribadi. Apabila murid berasa kecewa ataupun sentiasa mengalami kegagalan dalam kelas, maka timbullah tanda-tanda yang murid tersebut memerlukan bantuan ataupun bimbingan akademik. Bimbingan tidak diberikan kesan masalah akademik itu akan bertimbun dan terbawa ke peringkat seterusnya.

Guru turut sebagai seorang kerani. Guru terpaksa menyediakan kertas-kertas ujian, menaip kertas-kertas tersebut, menanda kertas jawapan, mengisi markah ke dalam buku rekod guru, mengisi kad-kad penyata kemajuan. Guru juga perlu menulis surat jemputan yang akan dihantar kepada ibu bapa untuk Hari Terbuka atau Hari Penyampaian Hadiah, mengisi boring pinjaman buku, rekod persekolahan murid dan pelbagai borang yang lain.

ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA PENDIDIKAN DAN GLOBALISASI

Impak globalisasi terhadap pendidikan :
§  Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
§  Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar seperti universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini.
§  Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan.
§  Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
§  Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.
§  Peranan guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.
§  Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.
§  Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global.
§  Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.
§  Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan.
§  Perkongsian pengetahuan terumatanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia.
§  Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.

Cara-cara menangani globalisasi dalam pendidikan :
o   Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini.
o   Guru-guru sewajarnya melengkapkan pelajar dengan keupayaan bagi berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa.
o   Pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah.
o   Guru bertanggungjawab untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.

No comments:

Post a Comment