Tuesday, November 20, 2018

TOPIK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Definisi Interaksi : 
  • Tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain ; tindak balas antara dua atau beberapa pihak. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007:583)

Pihak yang terlibat :
  •  Guru
  •  Ibu Bapa
  •  Murid

Interaksi dalam bilik darjah 
  • Interaksi ialah saling bertindak antara satu dengan yang lain
  • Guru perlu menggalakkan interaksi sama ada dengan guru atau sesama rakan yang lain sesama proses P&P
  • Interaksi dalam bilik darjah berupaya berlaku dalam bentuk lisan mahupun bukan lisan.

Komunikasi 
  • Komunikasi ialah pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat.
  • Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa.
  • Menurut kamus komunikasi : interaksi adalah proses saling mempengaruhi dalam bentuk perilaku atau kegiatan di antara anggota-anggota masyarakat (Effendy. 1989:184).
  • Individu, emosi, perlakuan dan tindak balas boleh dianalisis melalui interaksi dengan individu lain melalui proses interaksi dalam kehidupan sosial mereka. Individu-individu ini berinteraksi menggunakan simbol-simbol iaitu mengandungi tanda-tanda, isyarat dan kata-kata (Mead 1934)
Halangan Komunikasi :
  • Jarak
  • Emosi
  • Persepsi
  • Suasana Persekitaran
  • Bahasa tidak jelas
  • Sikap penyampai dan pendengar
  • Komunikasi lisan dan bukan lisan tidak selari 
  • Kekurangan kemahiran menulis
  • Kekurangan kemahiran mendengar
  • Kurang persefahaman
Langkah-langkah tingkatkan interaksi :
Sikap Guru :
  • Adil
  • Yakin
  • Berpusatkan masyarakat
  • Profesional 
  • Toleransi 
  • Bertanggungjawab

Kepentingan Interaksi :
  1. Mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murid dalam bilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra adalah syarat penting untuk guru menyampai pelajaran dengan berkesan.
  2. Merupakan proses utama untuk guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya.
  3. Guru dapat melakukan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang ditentukan. 
  4. Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan sekaligus menyebabkan pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid yang memerlukan interaksi dua hala.
  5. Pemangkin bagi meningkatkan prestasi murid, guru dan sekolah.

No comments:

Post a Comment