Daripada pandangan American Sociological Association (2006), sosiologi adalah kajian mengenai kehidupan sosial dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia. Sosiologi merupakan kajian saintifik mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia. Ia berkaitan suatu kajian sistematik dan saintifik menerusi interaksi manusia dari pelbagai sudut seperti budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya. Bagi mewujudkan pelbagai fenomena sosial yang sistematik dan saintifik, masyarakat saling berhubung bagi membentuk jalinan sekaligus ia penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains. Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi. Oleh itu, ia juga dilihat bagaimana masyarakat terutama generasi muda dari segi diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima sesuatu pengetahuan, kemahiran, norma, dan nilai sosial, kedudukan serta peranan masing-masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu.Pendidikan juga dilihat
sebagai suatu proses pemilihan bagi menentukan kedudukan mahupun status
seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu yang mana lebih tinggi
pendidikan seseorang maka seseorang itu lebih tinggi statusnya dalam kedudukan
masyarakat.
Menurut Gagne dan Briggs, pembelajaran bermaksud suatu rangkaian, kejadian , peristiwa, keadaan dan sebagainya yang secara sengaja dirancang bagi mempengaruhi pelajar hingga proses pembelajaran menjadi mudah. Terdapat pelbagai unsur seperti manusiawi, material, fasiliti, peralatan yang saling mempengaruh bagi bertujuan mencapai objektif pembelajaran dan ia merupakan suatu kombinasi yang tersusun dalam pembelajaran. Sebagai contoh, kurikulum yang mewujudkan sikap proaktif guru dalam mencipta dan memodifikasi aktiviti pelajar bersesuaian dengan konsep yang telah dirancang. Latihan amat penting bagi aspek prinsip pembelajaran kerana murid akan dapat mengaplikasikan dengan pelajaran yang dipelajari lantas memantapkan pengetahuan murid yang diterima daripada guru. Selain itu, kondusif dapat menyesuaikan keadaan pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi dan rohani. Bermatlamat terhadap pengajaran berfokus yang akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari senang ke susah dan dekat ke jauh.
Kesimpulannya, sosiologi adalah skop kajian yang sangat meluas dan melibatkan manusia. Pendidik sewajarnya tahu peranan mereka dalam dunia sosial kerana mereka dikelilingi dengan unsur kemanusiaan. Masyarakat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh sebab itu, pendidikan dan sosiologi merupakan perkara yang amat berhubung antara satu dengan lain. Di samping itu, sebagai seorang guru juga hendaklah berupaya menentukan serta memilih model pembelajaran yang sesuai kepada murid berkonsepkan Pembelajaran Abad Ke 21.
No comments:
Post a Comment