Pengurusan :
- Aktiviti yang beratur (sistematik) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004).
- Satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984).
- Satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins, 1984).
- Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur, 1988).
- Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia.
- Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.
Konsep :
- Mengawal
- Merancang
- Pengalaman
- Mengarah
Dalam konsep mengawal ini ialah mengawal peraturan bilik darjah, mengawal aktiviti berkumpulan, mengawal murid yang bermasalah peribadi dan mengawal suasana bilik darjah. Bagi konsep merancang pula adalah untuk merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid, merancang strategi dan kaedah pengajaran yang efektif, merancang bahan bantuan pengajaran yang lebih berkesan, dan merancang pemeringkasan isi pelajaran agar pelajaran jelas dengan pelajaran yang mereka belajar. Pengalaman merupakan konsep berkaitan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar dan merancang pemikiran pelajar dengan soalan manakala konsep mengarah ialah mengarah murid agar menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan mengarah mereka supaya senyap, mengarah murid untuk menjawab soalan yang diutarakan, mengarah murid menguruskan tugasan harian di bilik darjah dan mengarah murid bagi mematuhi disiplin yang telah ditetapkan.
Kaedah Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar:
- Kaedah pendekatan pengurusan dan pembelajaran yang berkait dengan model, prinsip dan teori pembelajaran.
- Kaedah set induksi yang baik dan mampu menarik minat para pelajar.
- Kaedah demonstrasi digunakan untuk melaksanakan strategi berpusatkan pensyarah.
Masalah Yang Sering Dihadapi:
-Ransangan
-Tumpuan
-Ransangan Pengetahuan
-Penyimpan Ingatan dan Ingatan Kembali
Proses dan Kepentingan :
- Persediaan rancangan kerja
- Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran
- Fungsi pelaksanaan pelajaran.
- Kaedah penilaian pengajaran dan pembelajaran
Persediaan Rancangan Kerja
- Membuat rancangan sebelum mengajar, Rancangan Pembelajaran Harian (RPH).
- Perancangan sewajarnya mempunyai objektif, teknik dan kaedah.
- Penyediaan buku rekod dan jadual.
- Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran.
- Bahan-bahan pelajaran yang digunakan dalam proses P&P.
- Penyediaan alat bantu mengajar yang bersesuaian.
- Buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar.
*Pengurusan dan pembelajaran yang efektif sangatlah penting bagi proses pembelajaran yang berkesan. Di samping itu, ibu bapa dan guru turut memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam proses pengurusan dan pembelajaran pelajar.
No comments:
Post a Comment