Wednesday, November 21, 2018

TOPIK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID



Bab ini akan membincangkan tentang Pengurusan Penasihatan Murid yang secara keseluruhanya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu :
  • Bimbingan
  • Penasihatan
  • Mentoring


Definisi Bimbingan
Bimbingan adalah sebahagian daripada program membantu individu bagi menyelesaikan masalah. Selain itu, ia juga bermakna memberi bimbingan, tunjuk ajar dan panduan untuk mengatasi masalah. Seperti contoh, apabila seseorang itu memberi penerangan dan bantuan bagi mengubah sikap pelajar. Situasi ini menunjukkan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan dan fizikal bagi membantu seseorang memastikan tujuan merancang tindakan dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek tertentu.

Definisi Penasihatan
Penasihatan adalah mengkehendaki suatu kebaikan bagi orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan mahupun tindakan. Guru yang cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya.

Definisi Mentoring
Mentoring ialah mekanisme positif dan efektif bagi memaksimakan potensi individu. Konsep mentoring adalah berasaskan bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri mereka bagi menyediakan diri mereka agar menjadi individu yang bertanggungjawab yakin dan berdaya saing.

Ciri-ciri bimbingan
1.      Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal
2.      Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah
3.      Murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela

Ciri-ciri penasihatan
1.      Tumpuan lebih luas dan mendalam
2.      Jangka masa lebih pendek, tetapi boleh kekal untuk tempoh masa lebih panjang disebabkan masalah satu-satu isu.
3.      Individu lain jarang terlibat

Ciri-ciri mentoring
1.      Hubungan yang berterusan yang boleh kekal untuk satu tempoh masa yang panjang.
2.   Boleh jadi lebih informal dan perjumpaan boleh berlaku apabila mentee memerlukan beberapa nasihat, bimbingan atau sokongan
3.      Focus ialah pada kerjaya dan perkembangan peribadi

Kesimpulannya, bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk membantu pelajar-pelajar dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Ketiga-tiga kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara tujuan utama adalah meningkatkan pencapaian akadenik pelajar serta memotivasikan pelajar.


Tuesday, November 20, 2018

TOPIK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN



PENGENALAN :
Tingkah laku adalah merupakan sesuatu yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Menurut pandangan Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.

DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matmalat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, 2005). Satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif yang sewajarnya setiap guru sewajarnya memilikinya. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan bebas gangguan.

FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH TINGKAH LAKU
Situasi ini kebiasaannya dipengaruhi dengan persekitaran rumah. Sebagai contoh, tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Sekolah. Sebagai contoh kurikulum yang sangat padat dan bertumpukan pada peperiksaan. Apabila murid-murid berasa tertekan, mereka akan menunjukkan tingkah laku bermasalah lantas disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan. Penderaan kanak-kanak seperti penderaan fizikal, mental dan emosi yang selalunya menjadi topik dan dilaporkan oleh media massa. Menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu (2008), kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat penderaan emosi.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Model disiplin tegar yang diperkenalkan oleh Lee Center (1976), model ini merupakan sistem peraturan tingkah laku di dalam kelas yang dibuat oleh guru. Namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan apabila murid-murid melanggar peraturan dan guru akan memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supaya nama itu direkod dan dihantarkan kepada pengetua. Model ini juga membantu guru untuk mengajar lebih berkesan tanpa sebarang gangguan. Kebanyakkan dilaksanakan di sekolah rendah kerana lebih sesuai untuk mengurus tingkah laku kanak-kanak agar memahami pentadbiran sekolah. Selain itu, pelbagai teknik boleh digunakan dalam menguruskan tingkah. Antaranya ialah menggunakan alat pengukuran personal, teknik pencegahan dan tindakan pembetulan. Teknik pertama, pengukuran personal yang boleh dilakukan menggunakan kaedah pendekatan fizikal. Kaedah ini dilakukan dengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Teknik kedua adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini berupaya mengurangkan ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran agar berjalan dengan lancar. Teknik terakhir iaitu tindakan pembetulan. Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-apa.

PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU

Menurut kamus dewan (2003), tingkah laku devian didefinisikan sebagai perlakuan yang menyimpang atau melencong. Azizi et al. (2005), menyatakan bahawa tingkah laku devian membawa maksud tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Ianya juga ditakrifkan sebagai sebarang tingkah laku yang tidak memenuhi norma-norma sosial sesuatu kumpulan atau masyarakat (Rohana, 1996). Albert Cohen (Azizi et al., 2005) mentakrifkan tingkah laku devian sebagai kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan , iaitu jangkaan yang dikongsikan dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial.

Faktor tingkah laku devian :
·         Konsep kendiri yang rendah – remaja melihat diri mereka dari perspektif yang negative.
·         Faktor psikologi – menyumbang kepada tingkah laku delinkuen, wujudnya emosi yang tidak gembira hasil daripada faktor persekitaran
·         Konflik dalam keluarga – penyebab ketidakstabilan emosi
Kajian Loeber (1986) dan Rowe (1992), mendapati kebanyakan remaja yang terlibat dalam tingkah laku devian sejak usia kanak-kanak mempunyai ahli keluarga atau ibu bapa yang juga pernah bertingkah laku sedemikian.

Jenis salah laku devian
Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (sesuatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual(tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).

PERATURAN DAN DISIPLIN
Peraturan :
§  Peraturan adalah undang-undang yang ditetapkan bagi menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat.
§  Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya.

Disiplin :
v  Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat
v  Disiplin adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.

Bentuk disiplin :
§  Disiplin asas – melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar
§  Disiplin instrinsik atau kendiri – disiplin yang lahir daripada dalam individu.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasmaa dalam menangani masalah ini sebelum situasi nasi menjadi bubur berlaku. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Oleh itu, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.

TOPIK 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN


STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

Terdapat Tiga Aspek :
§  Unsur fizikal bilik darjah
§  Interaksi dalam bilik darjah
§  Iklim pembelajaran positif

Konsep Bilik Darjah :
Dahulu
·         Lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru yang sudah dianggap sebagai satu bilik darjah
·         Surau atau pondok tempat mengkaji turut dianggap sebagai satu bilik darjah

Sekarang
·         Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah
·         Padang sekolah yang digunakan juga dianggap bilik darjah
·         Padang sekolah digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah

Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja pelajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu kelas.

Jenis Bilik Darjah :
       I.            Bilik darjah tradisi
    II.            Bilik darjah KBSR dan KBSM
 III.            Bilik darjah Mata Pelajaran Khas (KBSM)
 IV.            Bilik darjah terbuka

Penyusunan bilik darjah
o   Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Keadaan ini dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran.
o   Sharifah Alwiah Alsagof (1986:44), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran baru.
o   Kementerian Pendidikan Malaysia(1981:16), Kemasnya organisasi benda-benda fizikal di dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain tidak menjamin yang pembelajaran boleh berlaku melainkan jika guru menguruskan murid-murid selaras dengan matlamat yang dituju.
o   Atan Long (1986 : 109), menyatakan bahawa, pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran.

Konsep
Konsep Interaksi
ü  Satu proses yang saling bertindak di antara sekurang-kurangnya dua pihak
ü  Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan mahupun sekumpulan manusia.

Konsep bilik darjah
ü  Tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Jenis interaksi bercorak lisan
·         Interaksi sehala atau tradisional
·         Interaksi dua hala antara guru dan murid
·         Interaksi dua hala antara murid dan murid
·         Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
·         Interaksi berkomputer

Pembentukan interaksi dalam bilik darjah
ü  Susunan bilik darjah
ü  Keadaan emosi bilik darjah
ü  Kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai
ü  Penggunaan kaedah kumpulan
ü  Memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori
ü  Guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran
ü  Guna alat bantu mengajar berteknologi
ü  Lakukan kegiatan pemulihan untuk pelajar yang bermasalah
ü  Sikap guru yang baik

Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan

Terbahagi kepada 3 :
        i.            Suasana fizikal
      ii.            Suasana sosial
    iii.            Suasana emosi

TOPIK 7 : PENGURUSAN SUMBER

PENGURUSAN SUMBER
1.      Pengurusan sumber merupakan perkara yang memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai matlamat.
2.      Pengurusan sumber yang baik dan cekap akan menghasilkan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah in termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya.
3.      Oleh itu, pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan dengan lancar dan berdaya saing bagi mencapai matlamat tersebut.
4.      Pengurus dan setiap pekerja juga perlu memahami dengan yang dimaksudkan tentang pengurusan sumber.

Definisi Pengurusan Sumber :
§  Satu proses untuk membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.
§  Menurut Dessler (1997), beliau mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategic. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.

Jenis-jenis Sumber

Pusat Sumber Pertama : Perpustakaan

Konsep Pusat Sumber
Pusat sumber ialah satu tempat bagi mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital serta satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumber-sumber ilmu dahulu dan kini bagi digunakan oleh pelajar. Pusat sumber seharusnya diuruskan secara sistematik supaya dapat menarik minat pelajar dan bertujuan bagi memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pusat Sumber Kedua : Makmal Sains
Makmal sains merupakan satu bilik untuk mata pelajaran khas yang dibina untuk pengajaran dan pembelajaran amali sains.
Makmal sains ini dibina bagi bertujuan melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan yang terkawal.
Pelajar akan dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan apabila aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dilakukan.

Pusat Sumber Ketiga : Makmal Komputer
Makmal komputer adalah salah satu tempat yang mempunyai beberapa buah komputer bagi kegunaan pelajar. Makmal komputer juga disediakan bagi pelajar-pelajar zaman sekarang ini mengenal tentang peralatan komputer serta kegunaannya. Dalam makmal komputer tersebut pula terdpaat rangkaian lain bagi pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.

TOPIK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH


Pengurusan Bilik Darjah :
·    Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).
·     Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha bagi mengekalkannya di mana iklimnya kondusif bagi pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011).
·     Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009).

Punca Berlakunya Perlakuan Negatif Murid di Sekolah :
ü  Perubahan dalam masyarakat
ü  Pengaruh media sosial
ü  Pengaruh teknologi
ü  Suasana sekolah

Tips Pengurusan Bilik Darjah :
1)      Elakkan berdiri di suatu tempat
2)      Menunaikan janji yang diberikan
3)      Mempertimbangkan cara memberi ganjaran kepada pelajar
4)      Menyusun atur semula kedudukan murid dari semasa ke semasa

Teknik Kawalan Perlakuan Murid :
Ø  Memaparkan nada positif
Ø  Menetapkan jangkaan yang jelas
Ø  Sistem ganjaran yang konsisten
Ø  Mewujudkan pelan perlakuan

Cara Pengurusan Tingkah Laku Bilik Darjah Di Sekolah :
        i.            Ketekalan / konsisten
      ii.            Memantau perlakuan pelajar
    iii.            Pengurusan segera kepada tingkah laku negatif

Amalan Dalam Menguruskan Bilik Darjah Yang Patut Diamalkan Seorang Guru
a.       Merancang
b.      Mengurus
c.       Mengelola
d.      Mengarah
e.       mengawal

TOPIK 5 : PENGURUSAN MURID


Maksud Pengurusan Murid :
Pengurusan murid adalah satu bidang yang sangat penting di sekolah. Hal ini demikian kerana ia akan mencerminkan prestasi sekolah apabila pelaksanaannya di sekolah. Menurut pandangan Suppiah Nachiappan et.all (2009), selain berhadapan dengan remaja yang bermasalah dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keistimewaan luar biasa dalam kategori pintar, cergas atau pelbagai upaya.

Sistem-sistem pengurusan murid :
v  Unit disiplin
v  Unit bimbingan dan kaunseling
v  Unit keselamatan, keceriaan dan kebersihan
v  Kebajikan dan bantuan
v  Biasiswa
v  Lembaga tatatertib sekolah
v  Pendaftaran pelajar baru
v  Aduan
v  Pembangunan sahsiah (bagi pelajar khas)
v  Pengurus tingkatan 6
v  Penyelaras BBDA
v  Majlis Perwakilan Pelajar
v  SPBT
v  Unit HEM

Konsep Pengurusan Murid :
Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek iaitu ;
ü  Perancangan
ü  Pentadbiran (memoin)
ü  Pengawalan atau pemulihan

Kaedah Pengurusan Rekod Murid :
        i.            Sistem maklumat murid berkomputer
      ii.            Pentaksiran berasaskan sekolah
    iii.            E-pantau
    iv.            Sistem laporan adab belajar

Cara menguruskan murid bermasalah :
a.   Amaran konstruktif – beri pujian kepada pelajar bermasalah bagi menunjukkan perubahan tingkah laku
b.      Hukuman – menghukum pelajar sesuai dengan kesalahannya
c.      Pencegahan salah laku – guru perlu mencegah salah laku pada peringkat awal sebelum ianya menjadi satu isu yang serius.

Definisi dan Jenis-Jenis Kesediaan Belajar :
Definisi : Pembelajaran hanya akan berlaku sekiranya wujudnya kesediaan pelajar untuk belajar
Kesediaan belajar ;

§  Kesediaan Kognitif
§  Kesediaan Afektif
§  Kesediaan Psikomotor

Faktor – faktor Mempengaruhi Kesediaan Belajar :
a.       Faktor Pengalaman
b.      Faktor Kematangan

Cara meningkatkan motivasi kepada pelajar :
Motivasi – 1)Suatu Aksi Yang Dimulakan, Dikekalkan, Diarahkan Dan Ditamatkan.(Petri, 2003)
2)Kuasa Dorongan , Aksi Yang Menggerakkan Tingkah Laku Untuk Mencapai Keinginan         Dalaman Seseorang.

Ø  Druckman & Bjork(1994) – Individu yang memiliki keyakinan yang tinggi dapat membantu sesuatu aktiviti mencapai tujuan dengan jayanya.